Rabu, 28 Julai 2010

Keistimewaan Yang Diberi Khas Kepada RASULULLAH SAW..

16 Syaaban 1431 H
Disunting Oleh : Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib

Keistimewaan Nabi Muhammad yg tidak diberikan Nabi-nabi yang sebelumnya.

1. Nabi s.a.w diutuskan kepada semua manusia dan jin.Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (HR Bukhari)

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah)kepada Nabi s.a.w sedangkan tidak dihalalkan bagi Manusia-manusia sebelum Nabi.(HR Bukhari)

3. Semua tanah dan tempat dimuka bumi ini boleh dijadikan tempat sembahyang. (HR Bukhari) Nabi-nabi dan ummat terdahulu
tidak solat melainkan di tempat-tempat ibadah yg khusus. (HR Ahmad)

4. Nabi diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dgn
Allah mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum
sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (HR Bukhari)

5. Nabi s.a.w diberi Syafaat. (HR Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (HR Ahmad)

6. Nabi s.a.w diberikan "jawamiul kalim". (HR Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.

7. Nabi s.a.w penutup bagi kenabian. (HR Muslim)

8. Diberikan Nabi s.a.w ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung dibawah arasy. (HR an-Nisaei)

9. Nabi s.a.w diberikan kunci-kunci bumi. (HR Ahmad)

10. Orang yang pertama diberi nama Ahmad. (HR Ahmad)

11. Ummatnya adalah sebaik-baik Ummat. (HR Ahmad)

12. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (HR al-Bazzar)

13. Diberikan al-Kauthar. (HR al-Bazzar)

14. Mula-mula syaitan yang bersama Nabi adalah kafir. kemudian Allah membantu Nabi s.a.w dengan Islamnya syaitan tersebut.

15. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad s.a.w seperti saf para malaikat. (HR Muslim) Wallahu A'lam..

Hukum BANGKAI dalam Islam..

16 Syaaban 1431 H
Disunting Oleh : Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib

Diharamkan makan bangkai.

Firman Allah:
Maksudnya: "Diharamkan kepadamu untuk memakan bangkai..."
(3: Al-Maidah)

Definasi bangkai oleh Dr Yusuf Qardawi:"Haiwan yang mati tanpa pebuatan manusia yang berniat untuk menyembelihnya dan memburunya."

Pengkecualian

Islam telah mengkecualikan ikan dan seumpamanya dari haiwan yg hidup dalam air sepenuhnya daripada hukum haram makan bangkai. Halal makan bangkai tersebut. Ketika mana Nabi s.a.w ditanya tentang air lautan,baginda menjawab:

"Airnya suci lagi menyucikan serta halal bangkainya." (Hr Ashabus Sunan dan Ahmad)

Dalam hadis ada menceritakan Nabi s.a.w mengutuskan pasukan tentera dikalangan sahabatnya. Dalam perjalanan , mereka mendapati bangkai seekor ikan yang besar yang dicampakkan oleh ombak laut. Mereka telah memakannya selama lebih 20 hari. Setelah mereka kembali ke Madinah, mereka menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Maka baginda bersabda:

"Makanlah terhadap rezeki yang Allah telah berikan kepada kamu. Berilah kami makan ikan tersebut sekiranya masih ada lagi bersama kamu."

Maka sebahagian sahabat memberi kepada baginda. Lalu baginda memakannya. (Hr Bukhari)

Demikian juga dengan belalang, ia juga dihalalkan untuk dimakan dgn tidak disembelih. Ibnu Abi Aufa berkata:

"Kami telah menyertai telah tujuh peperangan dengan memakan belalang."(Hr Jamaah melainkan Ibnu Majah)

Penggunaan kulit, tulang dan bulu binatang

Pengharaman bangkai adalah pengharaman memakannya. Adapun menggunakan kulit, tanduk, tulang dan bulunya adalah dibenarkan. Malahan dituntut kerana ia adalah harta yang perlu digunakan dan tidak boleh disia-siakan.

Apabila Rasulullah s.a.w lalu berhampiran dgn bangkai kambing. Nabi s.a.w bersabda:"Mengapa kamu tidak kamu ambil kulit bangkai itu, kamu sertu kemudian kamu boleh menggunakannya."

Para sahabat berkata:"Kulit itu adalah bangkai!"

Nabi s.a.w menjawab:"Pengharaman hanya memakannya sahaja"(Hr Jemaah melainkan Ibnu
Majah)

Dr Yusuf Qardawi berkata:"Kebenaran ini merangkumi semua kulit termasuklah kulit babi dan anjing. Inilah pendapat ahli Zahir, Abi Yusuf dan pendapat yg ditarjihkan oleh as-Syaukani."

Adapun kebanyakan ulama termasuk mazhab Syafie menyatakan tidak suci kulit bangkai babi dan anjing dengan sertu.

Maksud sertu yg membolehkan kulit bangkai tadi digunakan adalah membasuhnya dgn bahan-bahan tertentu sehingga kalau di celup dlm air yg bersih maka air tadi tidak kotor. Wallahu A'lam..

Waktu Disunatkan Bangun Ketika IQAMAH..

16 Syaaban 1431 H
Disunting Oleh : Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib

Bila disunatkan bangun untuk solat berjemaah semasa iqamah dilaungkan? Jawapannya Ada 4 pendapat mengikut mazhab yang empat:

1. Mazhab Hanafi: Orang yang hendak solat berjemaah bangun ketika di kumandangkan "Hayya 'alal falah" dan selepas imam bangun.

2. Mazhab Maliki: Ia mengikut kepada kehendak manusia. Samaada ketika iqamah dilaungkan,permulaannya atau selepas habis iqamah. Ini kerana tidak ada dalil berkenaan dgnnya.

3. Mazhab Hambali: Bangun ketika dilaungkan "Qad qamatis solah" maksudnya "telah hampir waktu solat hendak didirikan". Ini kerana makna yg munasabah.

4. Mazhab Syafie: Bangun setelah selesai iqamah. Wallahu A'lam..

Hukum Berjual Beli Ketika Azan & Waktu Mustajab Doa Hari Jumaat..

16 Syaaban 1431 H
Disunting Oleh : Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib

1. Larangan bermuamalat bermula dari azan yang kedua berkumandang.

Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman apabila dikumandangkangkan azan pada hari Jumaat hendaklah kamu segera untuk mendengar khutbah Jumaat dan meninggalkan jual beli. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.” ( 9 : al-Jummu’ah )

Daripada ayat ini ulama mazhab Syafie menyatakan haram kepada mereka yang wajib solat jumaat melakukan urusan muamalat sperti jual beli, hutang, sewa dan sebagainya yang melewatkan untuk hadir ke masjid yang diadakan khutbah dan solat Jumaat. Larangan ini bermula dari azan yang ke dua.

Adapun azan yang pertama hanya makruh sahaja. Begitu juga orang yang tidak wajib solat jumaat sperti wanita dan lelaki yang bermusafir untuk berurusan sperti jual beli dan lainnya dengan orang yang wajib solat jumaat. Larangan ini sehinggalah habis solat jumaat.

Perhatian: Larangan ini banyak dilanggar manusia samada orang yang diwajibkan solat jumaat atau tidak. Mereka melakukan pelbagai perkara ketika sudah azan ke dua berkumandang. Wanita2 berjual beli atau urusan muamalah yg lain dengan lelaki yang diwajibkan solat Jumaat. Perkara ini adalah diharamkan.

Malahan dalam mazhab Hanafi menyatakan pengharaman bermula dari azan pertama lagi. Pendapat ini disokong oleh Dr Wahbah az-Zuhaili.

2.Waktu mustajab pada solat Jumaat.

Nabi s.a.w bersabda:
فيها ساعة لا يوافقها عبد مسلم وهو قائم يصلي يسأل الله شيئا إلا أعطاه
Maksudnya: “Pada hari Jumaat terdapat waktu yang mana Allah akan menerima permintaan seorang hamba yang muslim yang berdiri solat dan meminta sesuatu kepada Allah.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Terdapat perselisihan berkenaan dengan waktu mustajabnya doa pada hari Jumaat berdasarkan hadis2 yang datang seperti berikut:

Pertama: Diantara Imam duduk diantara dua khutbah sehinggalah habis solat Jumaat. (Hr Muslim-sahih)

kedua: Setelah selesai khutbah sehinggalah habis solat Jumaat imam. (Hr Tirmizi – Dhoif)

Ketiga: Waktu yang akhir dalam waktu asar. (Hr Abu Daud – sahih)

Keempat: Selepas solat asar sehinggalah terbenam matahari. (Hr Tirmizi – Hasan)

Abu Bakr al-Athram berkata:
“Hadis2 ini tidak lari daripada dua perkara: 1. Samaada sebahagian hadis ini lebih sahih daripada sebahagian yang lain. 2. Ataupun samaada waktu mustajabnya doa berpindah dari satu ke satu masa seperti berpindahnya malam qadar diantara 10 malam yang terakhir.”Jika dikira dari segi kekuatan sanad hadis yang diriwayatkan Imam Muslim paling kuat. Wallahu A'lam..

Hukum Hakam Solat..

16 Syaaban 1431 H
Disunting Oleh : Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib

1. Bersalam selepas solat

Al-Izz bi Abdus Salam berkata:"Sesungguhya bersalaman selepas solat adalah daripada bida'ah yang diharuskan, tidak dikatakan makruh dan tidak dikatakan sunat."

Imam Nawawi telah mengulas pendapat Imam 'Izz degan berkata:"Dan apa yang dikatakan oleh beliau adalah baik. Pendapat yang terpilih adalah: sekiranya seseorang itu bersalaman dengan orang yang bersamanya (dia sudah berjumpa) sebelum solat maka hukumnya adalah harus seperti yang kami sebut.

Dan sekiranya dia bersalaman dengan orang yang tidak bersamanya sebelum solat maka hukumnya adalah sunat kerana bersalaman ketika bertemu adalah sunat menurut persepakatan ulama berdasarkan hadis-hadis yang sahih."

2. Hukum melanjutkan dan memanjangkan bacaan salam.

Disunatkan tidak memanjangkan bacaan salam. Dalam hadis riwayat abu hurairah:Maksudnya: "mencepatkan bacaan salam adalah sunnah" (Hr Tirmizi)

Ibnul Mubarak berkata:"Makna lafaz hadis ini adalah tidak memanjangkan bacaan salam"maksudnya makruh panjangkan bacaan salam cthnya waslaaaaaam atau walaikum salam warahmatullaaaaaaah.

3. Hukum solat sunat duduk.

Berdiri dalam solat sunat adalah sunat hukumnya. Sah solat secara duduk atau mengiring dalam semua solat sunat samaada dalam keadaan mampu atau tidak mampu dan sihat ataupun sakit. Namun berdiri adalah lebih baik. Nabi s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang solat berdiri dalam solat sunat itulah yg lebih baik. Sesiapa yg solat sunat duduk dia mendapat setengah pahala solat orang yang berdiri. Sesiapa yg solat sunat baring secara mengiring dia mendapat setengah pahala orang yang solat sunat duduk." (Hr Bukhari)

Pahala dikurangkan ketika solat sunat duduk atau baring secara mengiring adalah jika dia berkeadaan begitu dalam keadaan dia mampu berdiri. Jika dia tidak mampu maka dia mendapat pahala yang sama dengan pahala orang yang berdiri. Wallahu A'lam..

Rabu, 21 Julai 2010

Pengharaman Sutera Ke Atas LELAKI

Pengharaman Sutera Ke Atas Lelaki
9 Syaaban 1431 H
Disunting Oleh : Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib

Sayyidina Ali k.a.w berkata:

"Aku melihat Rasulullah saw mengambil sutera dan memenganngnya dgn tangan kanan dan mengambil emas dan memegangnya dengan tangan kirinya. Kemudian baginda bersabda:

"Sesungguhnya kedua perkara ini adalah haram kepada lelaki dikalangan ummatku."(hr "perawi lima" melainkan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah saw :

"Sesiapa yang memakai sutera di dunia dia tidak memakainya diakhirat." (Hr Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah saw:

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat janganlah dia memakai sutera dan emas." (Hr Ahmad, Haithami berkata: para perawinya thiqah)

Adakah budak lelaki boleh memakainya?

Ulama berselisih pendapat berkenaan dgn hukum memakaikan budak kecil dgn sutera. Ada dua pendapat seperti berikut:

1. Haram hanya kepada lelaki yang baligh sahaja. Budaklelaki yang belum baligh diharuskan untuk memakainya. Ini adalah pendapat mazhab Maliki dan pendapat utama dalam mazhab Syafie. Alasan mereka adalah seperti berikut:

a. Budak lelaki yang belum baligh belum ditaklifkan lagi dan tidak termasuk dalam kalimah "rijal" dalam hadis.

b. Sutera adalah perhiasan. Hukum budak2 memakainya adalah seumpama wanita.

2. Haram sutera kepada semua jenis lelaki, samaada yg kecil atau yg besar. Inilah pendapat mazhab Hambali, Hanafi dan ulama2 yg lain. Hujjah2 mereka adalah seperti berikut:

a. Umumnya hadis2 yang mengharamkan sutera kepada orang laki.

2. Jabir bin Abdullah ra berkata:

" Kami merampas kain sutera dari kanak2 lelaki dan membiarkan sutera yg dipakai oleh budak2 perempuan." (Hr Abu Daud dan Ahmad : Isnadnya Hasan)

Adakah boleh dijadikan sutera sebagai bantal atau hamparan?

Ada terdapat dua pendapat seperti berikut:

1. Kebanyakan ulama mengharamkan penggunaan sutera untuk hamparan, bantal, tirai dan penggunaan yg lain. Ini adalah pendapatMazhab Maliki, Hambali dan Maliki, Abu Yusuf dan Muhammad dr mazhab Hanafi. dalilnya adalah seperti berikut:

a. Huzaifah ra berkata:

"Rasulullah s.a.w menegah kami daripada minum dan dgn bekas emas dan perak, memakai pakaian sutera dan duduk di atas sutera." (Hr Muslim)

2. Sebahagian ulama mengatakan boleh menggunakan sutera pada yg bukan dipakai. Ini pendapat Abu Hanifah, Ibnul Majisyun dari mazhab Maliki dan ar-Rafie dari mazhab Syafi'ie.

Adakah Harus memakai sutera ketika darurat?

Ada dua pendapat seperti berikut:-

1. Pendapat mazhab syafie dan Hambali membenarkan utk orang lelaki memakai sutera sekiranya terdapat kemudaratan yg memerlukan utk memakai sutera seperti sakit. Dalilnya adalah seperti berikut:

a. Anas r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w membenarkan kepada Zubair dan Abdurrahman bin Auf untuk memakai sutera kerana gatal." (Hr Bukhari dan Muslim)

2. Pendapat Abu Hanifah dan Malik mengharamkan sutera secara mutlak. Mereka mengatakan apa yg dibenarkan kepada sahabat adlah khusus utk mereka sahaja.

Ibnu Qudamah berkata: Pendapat pertama lebih tepat kerana apa yg dibenarkan kepada sahabat ia dibenarkan kepada orang lain. Wallahu A'lam..

Hukum Memotong Kuku & Rambut Ketika Berjunub

Hukum Memotong Kuku & Rambut Ketika Berjunub
9 Syaaban 1431 H
Disunting Oleh : Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib

Telah disebut dalam kitab syarah Iqna' matan kepada Abi Syuja' kitab fekah dlm mazhab Syafie :Imam Ghazali berkata dalam kitab Ihyaa Ulumuddin:

"Tidak boleh mencukur, memotong kuku, mencukur bulu ari2, mengeluarkan darah atau memotong sebahagian anggotanya dalam keadaan berjunub. Ini kerana seluruh anggotanya anggota badannya akan dikembalikan diakhirat yg menyebabkan anggota yg dipotong ketika junub akan kembali dalam keadaan berjunub. Dikatakan: Sesungguhnya setiap bulu akan menuntut hak jenabah mereka"

Syeikh Atiah berkata:

"Kenyataan ini tidak bersandarkan kepada dalil yg melarang melakukan perkara demikian ketika berjunub. Tidak wujud juga dalil yg mengatakan anggota yg dipisahkan ketika berjunub akan menuntuk haknya pada hari kiamat."

Imam as-Safarini telah berkata dlm kitabnyaa ghizaul albab:

"Imam Ibnu Taimiah telah diajukan soalan seumpama ini dan menjawab(ini adalah dalil2 yg menunjukkan boleh memisahkan anggota ketika berjunub):

1. Telah datang hadis Nabi s.a.w berkata ketika Abu Hurairah malu berjumpa dgn Nabi ketika berjunub:

إن المؤمن لا ينجس حيا ولا ميتا
Maksudnya: "Sesungguhnya orang beriman tubuhnya bukan najis hidup atau mati."

(ini menunjukkan suruhan mandi dan wuduk bukan kerana anggota manusia itu najis ketika berjunub tetapi sekadar suruhan ta'abbudi. jadi tidak ada maslah nak memisahkan anggota seperti rambut ketika berjunub)

2. Nabi s.a.w bersabda kepada orang yg masuk Islam:

ألق عنك شعر الكفر واختتن
Maksudnya: "Buanglah rambut kekufuran kamu dan berkhatanlah."

Disini Nabi s.a.w menyuruh orang yang baru masuk Islam utk buang rambut dan berkhitan. Nabi s.a.w tidak menyuruhnya untuk mandi dulu sebelum buang rambut dan berkhitan. Umumnya sabda Nabi s.a.w menunjukkan boleh mendahulukan mana2 yg dikehendaki.

3. Wanita yg berhaid disuruh menyikat rambutnya ketika mandi sedangkan bersikat boleh mengugurkan rambutnya. Maka ini menunjukkan tidak makruh yang demikian.

4. Apa yg disebut berkenaan dgn anggota yg terpisah meminta haknya di hari kiamat itu adalah dalil yg tidak ada sandaran dari mana2 kitab suci Al-Quran atau Hadis.

5. Ata' berkata:

"Orang berjunub boleh berbekam, memotong kukunya dan mencukur kepalanya sekalipun tidak berwuduk." (HR Bukhari)

Syeikh Atiah Saqor berkata:

"Oleh kerana yg demikian tidak dilarang memotong rambut dan kuku ketika sedang berjunub." Wallahu A'lam..

Isnin, 19 Julai 2010

Hukum Lelaki Berinai

Hukum Lelaki Berinai
26 Rejab 1431 H
Disunting Oleh : Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib

Diharamkan mewarnakan badan seperti tangan dengan inai dan seumpamanya bagi orang lelaki melainkan ada keperluan seperti perubatan dan sebagainya.

Imam Nawawi dr ulama mazhab syafie telah berkata:Adapun mewarnakan tangan dan kaki dgn inai adalah disunatkan bagi wanita yg berkahwin berdasarkan hadis2 yg masyhur; dan diharamkan kpd lelaki melainkan kerana keperluan perubatan dan seumpamnya.

Pengharaman ini telah disokong oleh ulama dr mazhab lain seperti disebut dlm kitab Fatawa Hindiah, Fatawa hindiah, Fathul Bari dan lain2.

Dalil pengharaman adalah seperti berikut:

1. Perbuatan ini adalah menyerupai perbuatan wanita yg diharamkan syara'. Nabi bersabda:
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. (HR Bukhari)

2. Hadis berikut:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتزعف الرجل.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melarang lelaki untuk memakai wangian Za'faran. (HR Bukhari dan Muslim dan lain2).

Imam Nawawi berkata dalm kitabnya (Majmuk): Larangan ini adalah kerana warnanya bukan kerna bau wanginya. Bau wangi adalah disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bg lelaki adalah sama dengan memakai za'faran.

4. Hadis riwayat Ya'la:

أن رسول الله راى رجلا متخلقا فقال: اذهب فاغسله ثم اغسله ثم لا تعد.

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki memakai sejenis wangian yg berwarna kekuningan dan kemerahan. Baginda bersabda: Pergilah basuh, pergilah basuh kemudian jangan buat semula. (HR Tirmizi dan Nasaie) sanad yg lemah.

5. Hadis dr Abi Hurairah:

أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء الله ، فقال رسول الله صلى الله: ما بال هذا؟ قالوا يتشبه بالنساء فأمر به فنفي إلى النقيع.

Maksudnya: Para sahabat Nabi telah membawa seorang lelaki yang meneyerupai wanita ; dimana dia telah menginai kaki dan tangannya. Rasulullah s.a.w bersabda: "Kenapa dengan lelaki ni?" Para sahabat menjawab: "Dia menyerupai wanita" Lalu Nabi memerintah supaya dihalau ke Naqie'.(HR Abu Daud). Sanad yg lemah. Wallahu A'lam..

Hukum Org Kafir Masuk Masjid

Hukum Org Kafir Masuk Masjid
25 Rejab 1431 H
Disunting Oleh : Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib

Hukum org kafir masuk dlm masjid adelah seperti berikut:
Ade tiga mazhab dlm masalah ini:

1. Mazhab Hanafi: Boleh masuk semua masjid.

2. Mazhab Syafie: Boleh masuk masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram makkah.

3. Mazhab Maliki: Tidak boleh masuk masjid melainkan kerana darurat kerja.

Hujjah kepada pendapat yg membenarkan org kafir masuk ke masjid:

1. Ramai org2 kafir masuk ke masjid Nabi dan duduk lama disitu.

2. Thumamah bin Athal diikat dtiang Masjid Nabi.

3. Org2 Nasrani Najran masuk ke masjid Nabi. Wallahu A'lam..

Solat Dan Sebab

Solat Dan Sebab
26 Rejab 1431 H
Disunting Oleh : Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib

Jenis2 solat mengikut sebab ada empat:

1. Tidak ada sebab(bilaa sabab): Solat sunat ditunaikan hanya sekadar utk mendapat pahala dan tidak ade sebab-sebab utk solat tersebut seperti solat sunat mutlak dan solat tasbih.Hukumnya: Tidak boleh dilakukan dlm waktu yg ditegah.

2. Sebab yg terdahulu (sabab mutaqaddim): Solat yg sebabnya terdahulu seperti solat qada'(yg sunat atau yg wajib) kerna sebab yg telah lepas. Nabi s.a.w telah menunaikan solat ba'diah zuhur selepas asar(muttafaq alaih). Begitu juga dengan solat wuduk dan solat sunat tahiyatul masjid kerana solatnya lebih dahulu dr solat.
Hukumnya: Boleh dilakukan diwaktu yg dilarang.

3. solat yg sebabnya mengiringi (sabab muqarin): sebabnya mengiringi solat seperti solat fardu yg ada(tunai), solat gerhana, solat jenazah, solat tawaf dan lain2.
Hukumnya; Boleh dilakukan di waktu yg dilarang.

4. solat yg sebabnya akan datang (sabab mutaakhir): sebabnya terlewat dr solat seperti solat ihram dan solat istikhoroh. Ini adalah kerana sebabnya (melakukan perbuatan haji dgn ihram dan memintta pilihan dr Allah) adalah bersifat akan datang. Namun imam Nawawi dlm kitabnya Majmuk telah menyokong pendapat Bagawi yg mengatakan solat ihram ini adalah solat yg sebabnya terdaulu kerna sebabnya adalah hendak memakai ihram.

Hukumnya: Haram melakukan solat ini diwaktu yg diharamkan.Peringtan: Dilarang kita sengaja solat yg sbab yg terdahulu dan mengiringi sekiranya kita sengaja menunda solat utk dilakukan dlm waktu yg ditegah. Begitu juga pergi masjid lepas asar semata2nak solt tahiyat juga dilarang. Wallahu A'lam...

Sabtu, 3 Julai 2010

Mesyuarat Agung Ke 16

Mesyuarat Agung Ke 16 Masjid Al-Khairiah AU3

Tarikh : 11 Julai 2010M / 28 Rejab 1431H (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sekolah KAFA Al-Khairiah AU3

Semua Anak Kariah Dijemput Hadir..

* Sebarang cadangan / usul boleh dikemukakan kepada pihak masjid sebelum 7 Julai 2010.

Qiamullail Bulanan..18 Julai 2010

Qiamullail Bulanan

Tarikh : 18 Julai 2010M / 6 Sya'ban 1431H (Ahad)
Masa : 3.30 pagi
Pimpinan : Ybhg Ust Hj Rusli Bin Md Zain
( Imam Qiamullail Masjid Negara )

Kulih Subuh juga akan disampaikan oleh Ybhg Ust Hj Rusli Bin Md Zain

Muslimin & Muslimat Dijemput Beramai-ramai Menghidupkan Malam Tersebut..

Kuliah Maghrib..(Fiqh Munakahat)

Kuliah Maghrib Sebulan Sekali(FIQH MUNAKAHAT)

Tarikh : 26 Julai 2010 (Isnin)
Masa : Selepas Maghrib
Penceramah : Ybhg Ust Hj Mat Jais Bin Kamus
( Pegawai Jabatan Mufti Negeri S'gor )

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir..

Ceramah Isra' Mikraj 27 Rejab 1431H / 10 Julai 2010M

Ceramah Khas Sempena Isra' Mikraj

Tarikh : 10 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : Selepas Maghrib
Penceramah : Ybhg Ust Syed Kamarul Zaman Bin Syed Kabeer
( Pensyarah Universiti Sains Islam M'sia (USIM) )

Muslimin & Muslimat dijemput hadir...

Jadual Pengajian Bulan Julai (Minggu Pertama)

Minggu Pertama.. (2-7hb Julai 2010)

2 Julai (Jumaat): Tazkirah Jumaat
Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib
(Kitab Mastika Hadis Rasulullah S.A.W)

3 Julai (Sabtu): 1. Kuliah Subuh
Ust Shahrul Nizam@Ahmad Bin Shadan
(Sirah Nabawi)

2. Pengajian Wanita (Jam 3ptg)
Ust Zoki Bin Ali (Umum)

3. Talaqi Al-Quran Selepas Maghrib (Muslimin)
Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib

4 Julai (Ahad): 1. Kuliah Subuh
Ust Hj Rizal Mokhtar

2. Kuliah Maghrib (Feqah)
Ust Hj Shaari Che In

5 Julai (Isnin): Kuliah Maghrib (Hadis)
Ust Hj Abu Bakar Bin Dahanan

6 Julai (Selasa): Kuliah Maghrib (Fiqh Jinayaat)
Ust Hj Tamjes Bin Kastiran

7 Julai (Rabu): Talaqi Al-Quran Selepas Maghrib (Muslimat)
Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib

Khamis, 17 Jun 2010

Syeikh Nuruddin Al-Banjari

Jadual Program Tafaqquh Fiddin Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki - Jun 2010M/Rajab 1431H

عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى
يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر
Jadual Program Tafaqquh Fiddin
Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu
al-Banjari al-Makki
- Jun 2010M/Rajab 1431H -
(Cheras, Negeri Sembilan dan Melaka)
-------------------------------------------------------------------------
1)
Tarikh: 7 Rajab 1431/20 Jun 2010 (Ahad)
Masa:Kuliah Maghrib
Lokasi: Surau al-Anshar, Suakasih,
Bandar Tun Hussein Onn,
Cheras, Selangor.
2)
Tarikh:8 Rajab 1431/21 Jun 2010 (Isnin)
Masa:Kuliah Shubuh
Lokasi: Surau Gedung Lalang 50
3)
Tarikh:8 Rajab 1431/21 Jun 2010 (Isnin)
Masa:Kuliah Maghrib
Lokasi: Surau Garden Homes, Seremban 2
4)
Tarikh:9 Rajab 1431/22Jun 2010 (Selasa)
Masa:Kuliah Maghrib
Lokasi: Surau Surau al-Amin
5)
Tarikh:9 Rajab 1431/22Jun 2010 (Selasa)
Masa:Kuliah Maghrib -
Ceramah Sambutan Isra Mi'raj
Bersama Shohibus Samahah Mufti
Negeri Sembilan
Lokasi:Kuala Pilah
6)
Tarikh:10 Rajab 1431/23Jun 2010 (Rabu)
Masa:Kuliah Maghrib
Lokasi: Pondok Baitul Qura' , Sg. Udang, Melaka

Selasa, 8 Jun 2010

masjid al-khairiah au3

assalaamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh..

sejarah tercipta.. pada tanggal 26 jamadilakhir 1431H / 9 Jun 2010M (rabu), jam 1.55pg.. terciptalah blog masjid al-khairiah au3 dengan izin dari-NYA.. mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada seluruh masyarakat anak kariah au3 khususnya dan seluruh ummat islam 'amnya.. ameen.. wassalam..