Rabu, 28 Julai 2010

Hukum BANGKAI dalam Islam..

16 Syaaban 1431 H
Disunting Oleh : Ust Abdullah@Syahrul Nizam Bin Talib

Diharamkan makan bangkai.

Firman Allah:
Maksudnya: "Diharamkan kepadamu untuk memakan bangkai..."
(3: Al-Maidah)

Definasi bangkai oleh Dr Yusuf Qardawi:"Haiwan yang mati tanpa pebuatan manusia yang berniat untuk menyembelihnya dan memburunya."

Pengkecualian

Islam telah mengkecualikan ikan dan seumpamanya dari haiwan yg hidup dalam air sepenuhnya daripada hukum haram makan bangkai. Halal makan bangkai tersebut. Ketika mana Nabi s.a.w ditanya tentang air lautan,baginda menjawab:

"Airnya suci lagi menyucikan serta halal bangkainya." (Hr Ashabus Sunan dan Ahmad)

Dalam hadis ada menceritakan Nabi s.a.w mengutuskan pasukan tentera dikalangan sahabatnya. Dalam perjalanan , mereka mendapati bangkai seekor ikan yang besar yang dicampakkan oleh ombak laut. Mereka telah memakannya selama lebih 20 hari. Setelah mereka kembali ke Madinah, mereka menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Maka baginda bersabda:

"Makanlah terhadap rezeki yang Allah telah berikan kepada kamu. Berilah kami makan ikan tersebut sekiranya masih ada lagi bersama kamu."

Maka sebahagian sahabat memberi kepada baginda. Lalu baginda memakannya. (Hr Bukhari)

Demikian juga dengan belalang, ia juga dihalalkan untuk dimakan dgn tidak disembelih. Ibnu Abi Aufa berkata:

"Kami telah menyertai telah tujuh peperangan dengan memakan belalang."(Hr Jamaah melainkan Ibnu Majah)

Penggunaan kulit, tulang dan bulu binatang

Pengharaman bangkai adalah pengharaman memakannya. Adapun menggunakan kulit, tanduk, tulang dan bulunya adalah dibenarkan. Malahan dituntut kerana ia adalah harta yang perlu digunakan dan tidak boleh disia-siakan.

Apabila Rasulullah s.a.w lalu berhampiran dgn bangkai kambing. Nabi s.a.w bersabda:"Mengapa kamu tidak kamu ambil kulit bangkai itu, kamu sertu kemudian kamu boleh menggunakannya."

Para sahabat berkata:"Kulit itu adalah bangkai!"

Nabi s.a.w menjawab:"Pengharaman hanya memakannya sahaja"(Hr Jemaah melainkan Ibnu
Majah)

Dr Yusuf Qardawi berkata:"Kebenaran ini merangkumi semua kulit termasuklah kulit babi dan anjing. Inilah pendapat ahli Zahir, Abi Yusuf dan pendapat yg ditarjihkan oleh as-Syaukani."

Adapun kebanyakan ulama termasuk mazhab Syafie menyatakan tidak suci kulit bangkai babi dan anjing dengan sertu.

Maksud sertu yg membolehkan kulit bangkai tadi digunakan adalah membasuhnya dgn bahan-bahan tertentu sehingga kalau di celup dlm air yg bersih maka air tadi tidak kotor. Wallahu A'lam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan